Tiba-tiba mata masuk habuk pulak..huhuu
Selasa, 30 Mei 2017
Ahad, 28 Mei 2017
Isnin, 22 Mei 2017
SONGKOKISME V
SONGKOKISME V
Perjalanan ke Kampung Parit Semut dari Ibukota Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 3 jam. Kampung Parit Semut terletak di sebelah barat daerah Batu Pahat Johor. Pagi 04 Mei 2017, Saya telah bergerak menuju ke Kampung Parit Semut untuk bertemu dengan Tn Haji Samiyan Bin Wagiman. Kira-kira jam 11.00 pagi, Saya telah sampai ke rumah Haji Samiyan. Perjalanan ke Kampung Parit Semut menuju ke teratak Haji Samiyan di sambut dengan pemandangan suasana kampung yang indah lagi bersih, teratur dan diiringi dengan parit tali air yang berwarna kecoklatan namun jernih airnya. Kampung Parit Semut telah beberapa kali memenangi Pertandingan Desa Harapan Peringkat Daerah.
Haji Samiyan merupakan tokoh veteran parti ketuanan melayu dan merupakan bekas ketua kampung Parit Semut era tahun 1970 an hingga 1980 an. Diusia 85 tahun, beliau masih sihat, diberikan ingatan, pendengaran dan penglihatan yang kuat.
Dengan berkemeja batik, bersongkok tinggi yang agak lusuh, Haji Samiyan menerima dan menyambut kedatangan penulis dengan penuh senyuman. Dalam hati berkata juga masih segak lagi orangnya dan yang paling menarik tidak bertongkat walaupun mencecah di usia 85 tahun. Kedatangan penulis adalah untuk sesi berbicara dan mengimbau kisah-kisah lama khususnya perjuangan Haji Samiyan dalam menuntut kemerdekaan dan memperjuangkan hak Tanah Melayu kepada orang-orang Melayu serta berbicara tentang perjalanan masa kini parti ketuanan melayu.
Sambil menikmati hidangan tetamu yang disediakan, sememangnya kopi merupakan minuman kegemaran penulis dan Haji Samiyan juga merupakan penagih tegar kopi. Beliau memulakan bicaranya dan penulis tidak keseorangan malah ditemani pula oleh anak, cucu dan cicit Haji Samiyan yang ingin juga mendengar cerita dan kisah silam beliau. Kebetulan hari yang dijanjikan merupakan hari berkumpul bagi keluarga Haji Samiyan. Beliau atau lebih mesra ingin disapa sebagai Wak Miyan menegaskan bahawa parti ketuanan melayu ini masih lagi relevan dan masih diperlukan. Lihatlah kepada perjalanan parti lawan seperti parti bunga raya yang masih lagi belum menampakkan hala tuju sebenar. Wak Miyan berpendapat pendokong-pendokong parti bunga raya adalah dari kalangan mereka yang bermimpi indah tetapi mimpi itu tidak dapat direalisasikan sekiranya mereka masih lagi kekal di parti ketuanan melayu. Jesteru itu walaupun adanya isu-isu buruk dari kalangan pemimpin-pemimpin tinggi parti ketuanan melayu, isu tersebut perlu diselesaikan dengan baik ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar kebergantungan orang-orang melayu ke atas parti ketuanan ini dapat terus dipelihara. Menurut Wak Miyan, orang-orang melayu dalam parti ketuanan melayu sangat beruntung kerana adanya parti kopiah yang sangat besar dan mampu menjalankan fungsi sebagai pengkritik, pengingat dan pemberitahu kepada setiap perjalanan parti yang menyimpang atau tersasar dari landasan. Parti kopiah lebih rela membantu parti ketuanan melayu terus memerintah asalkan tidak terlepas kepada parti yang agendanya untuk menghapuskan apa sahaja yang telah diberikan oleh parti ketuanan melayu sama ada dari segi aspek agama, pembangunan dan ekonomi. Parti kopiah mungkin boleh berjaya menakluki negara tetapi mereka sedar bahawa parti ketuanan melayu juga boleh mempertahankan pemerintahan dan lebih selesa menjadi rakan pengkritik dan penambahbaik kepada sistem pemerintahan yang ada.
Wak Miyan meluahkan kekecewaannya kerana pada masa kini, orang-orang melayu telah berpecah sokongan kepada enam (6) kumpulan besar. Bagaimana ingin membentuk kekuatan sedangkan orang-orang melayu gemar berpecah.Wak Miyan membesar di zaman Tunku Abdul Rahman, zaman mencabar yang menuntut kekuatan, kesabaran dan ketabahan dari orang-orang melayu untuk menuntut hak mereka dari penjajah. Tiada agenda lain mahupun peribadi yang ada di dalam sisipan sanubari mereka tatkala memilih jalan untuk menjerumuskan diri ke dalam kumpulan Melayu Union ketika itu selain dari hak ketuanan melayu. Pada hari ini, Wak Miyan melihat kekuatan orang-orang melayu semakin ampuh, jiwa perjuangan telah tersasar kerana keselesaan yang ada. Mereka lupa dunia ini berputar dan tidak mustahil apa yang dikecapi pada hari ini akan kembali menjadi nasib seperti era pra kemerdekaan dahulu. Ketika itu, orang-orang melayu berhempas pulas untuk mengusir penjajah dan memastikan bahawa tanah melayu ketika itu adalah hakmilik orang-orang melayu walaupun ketika itu ramai bangsa-bangsa lain telah bermastautin ekoran dibawa masuk oleh pihak British. Perjuangan dengan titisan airmata dan darah menjadikan parti ketuanan melayu yang ditubuhkan pada tahun 1946 akhirnya berbaloi dengan nikmat kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Wak Miyan lagi, beliau ketika itu turut serta di Stadium Merdeka dan menjadi saksi kepada pengisytiharaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman. Pasca kemerdekaan, parti ketuanan melayu begitu rancak menjalankan tanggungjawabnya meneruskan perjuangan agendanya. Ketika itu tiada istilah kekayaan, kuasa mahupun nama kepada setiap mereka yang memikul tanggungjawab sebagai ketua mahupun jawatankuasa.
Ketika ditanya oleh penulis apakah langkah drastik atau strategi terbaik pada masa kini bagi parti ketuanan melayu untuk terus memenangi hati rakyat. Wajah Wak Miyan agak berkerut dan terdiam seketika. Sambil menghirup air kopinya, beliau menegaskan ada beberapa formula yang dirasakan amat strategik dilaksanakan demi memastikan parti ketuanan melayu terus memperjuangkan agendanya. Seperti kata-kata hikmah dari pendita lama :
"Tukarlah kapten kapal yang tidak lagi mampu meraih ikan ataupun menumpu kepada lubuk-lubuk ikan, perbaharui imej atau rebranding kapal agar dilihat lebih menarik oleh ikan-ikan, gunalah umpan yang asli agar ikan tidak tertipu dan perbaiki sopak-sopak dan tutuplah lubang-lubang kecil kapal agar tidak terus tenggelam dan lenyap di permukaan. Anak-anak kapal yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik, gantikanlah dengan anak-anak kapal lain yang sentiasa menaikkan layar, menimba limpahan air, mengikat sauh tanpa menunggu arahan kapten"
"Tukarlah kapten kapal yang tidak lagi mampu meraih ikan ataupun menumpu kepada lubuk-lubuk ikan, perbaharui imej atau rebranding kapal agar dilihat lebih menarik oleh ikan-ikan, gunalah umpan yang asli agar ikan tidak tertipu dan perbaiki sopak-sopak dan tutuplah lubang-lubang kecil kapal agar tidak terus tenggelam dan lenyap di permukaan. Anak-anak kapal yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik, gantikanlah dengan anak-anak kapal lain yang sentiasa menaikkan layar, menimba limpahan air, mengikat sauh tanpa menunggu arahan kapten"
Begitu mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh Wak Miyan ini tetapi penulis dapat membaca isihati beliau. Jauh disudut hati Wak Miyan berharap agar perpecahan enam (6) kumpulan besar orang-orang melayu ini pada akhirnya dapat disatukan kembali kalau tidak semua pon cukuplah dapat dikecilkan kepada tiga (3) kumpulan. Jika ini dapat dikembalikan, Wak Miyan percaya agama Islam akan terus terpelihara kerana kekuatan bangsa melayu itu sendiri.
Sungguh panjang lebar cerita yang disampaikan oleh wak Miyan namun tidaklah penulis dapat titipkan satu persatu di sini. Jam telahpun menunjukkan hampir 03.00 petang dan usai berbicara penulis memohon izin mengundur diri kerana kami semua belumlagi melaksanakan tanggungjawab solat zuhur! Sebelum bergerak penulis sempat berpesan ingin bersua lagi dimasa akan datang jika diizinkanNya.
Sungguh panjang lebar cerita yang disampaikan oleh wak Miyan namun tidaklah penulis dapat titipkan satu persatu di sini. Jam telahpun menunjukkan hampir 03.00 petang dan usai berbicara penulis memohon izin mengundur diri kerana kami semua belumlagi melaksanakan tanggungjawab solat zuhur! Sebelum bergerak penulis sempat berpesan ingin bersua lagi dimasa akan datang jika diizinkanNya.
Langgan:
Catatan (Atom)
TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT
Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...
-
SEJARAH UiTM Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah tidak asing lagi buat seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah merupakan sebuah univer...
-
Tahun 2014, saya sekeluarga pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highlands sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan Disember 2014. Bunyi maca...
-
Jika anda menginginkan sebuah percutian bajet ala-ala di pendalaman kampung jauh nun di hujung bandar tanpa ada hiruk pikuk kenderaan, maka ...