PERANG EKONOMI
Semakin hari semakin menjadi-jadi isu-isu yang melanda negara yang boleh membawa kepada kemudaratan Malaysia. Wujudnya "platform" Media Sosial digunakan sewenang-wenangnya oleh kita semua untuk mencari api kemarahan, menusuk jarum, mencurah minyak dan sebagainya agar pertelingkahan rakyat malaysia khususnya perbalahan kaum tercetus.
Adakah kita semua bersedia untuk hidup didalam darurat? Adakah kita semua bersedia untuk hidup dalam ketakutan? Adakah kita memang mahu anak-anak, isteri dan keluarga kita terbunuh? Mengapa kita semua rakyat Malaysia memilih cabang ini sekiranya kita mahu kedamaian yang dikecapi lebih 60 tahun ini terbina kekal.
Bagi individu yang telah melakukan kesilapan yang mengguris hati dan perasaan kita, biarlah pihak berkuasa yang ambil tindakan. Tugas kita hanya perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa secara berjemaah agar tindakan dapat diambil ke atas individu berkenaan. Kita pastikan individu-individu ini didakwa.
Marilah kita semua menunjukkan kekuatan bangsa kita melalui perang ekonomi. Kita memang tidak kaya dari segi ekonomi negara, tetapi kita ada kuasa membeli di mana bangsa kita mendominasi populasi rakyat negara dengan hampir 70% dari keseluruhannya. Jesteru itu marilah kita bertekad untuk berperang secara sihat di mana kita hanya perlu berubah sedikit demi sedikt dari membeli produk bangsa lain kepada produk bangsa kita atau lebih mudah disebut produk muslim. Kesedaran "buy muslim product first" perlu kita sematkan untuk dijadikan kekuatan kita setiap kali ingin membeli barang keperluan. Mahal sedikit kita abaikan asalkan kita dapat membina jatidiri untuk jihad kecil ini di dalam menguasai ekonomi khususnya bab kuasa membeli.
Ayuh saudara-saudaraku kita perang ekonomi, selagi mana barang keperluan kita ada ditawarkan oleh produk muslim, nah silakan membeli!