Isnin, 29 Jun 2020

Tragedi Dunia 2020

Coronavirus @covid-19

Bermula disebuah pasar awam di Wuhan China sekitar Oktober 2019.
Nama awal diberi novel coronavirus kerana virus ini belum pernah ditemui sebelum diberi nama covid-19
Gejala jangkitan adalah demam panas dan sesak nafas.
Haiwan kelawar dikaitkan dengan virus ini di China.

Kronologi di Malaysia

23 Januari 2020 diberitakan terdapat suspek coronavirus dari warga China yang memasuki negara melalui Singapura ke Johor Bahru.
Kes positif di Malaysia meningkat kepada 8 orang menjelang 30 januari 2020.
Agensi pengurusan bencana negara (NADMA) ditubuhkan.
31 januari 2020 - WHO istiharkan covid-19 sebahai pandemik dunia.
Bermula Februari 2020 kerajaan bawa pulang rakyat malaysia dari China.
Kes terus meningkat kpd 25 org positif menjelang penghujung Februari 2020.

Bermula 24 Februari 2020, Kerajaan PH tumbang ekoran perletakan jawatan PM oleh Tun Dr. Mahathir.
Kerajaan baharu dibentuk diketuai oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai PM. Kerajaan campuran ini dinamakan Perikatan Nasional setelah diperkenan oleh Ke Bawah Duli YDPA.

Kerajaan baharu terus laksanakan kerja termasuk mengatasi madalah covid-19. Akhirnya keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP / MCO) dibuat mulai 18 Mac 2020 hingga 29 Mac 2020. Untuk penguatkuasaan, denda dan dipenjara diwartakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan PKP ini.

Setelah memperoleh beberapa keyakinan , kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bagi merangsang ekonomi rakyat dan negara. Namun sebelum itu beberapa kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti Simpang Renggam ekoran dari ramainya yang positif dijangkiti covid-19.

Sementara itu juga PM Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap peka akan  nasib rakyat lantas kerajaan PN pimpinan beliau menyalurkan  pelbagai bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada semua lapisan rakyat yang terkesan. Pelbagai kaedah bantuan disalurkan seperti bantuan tunai, pengeluaran akaun 2 KWSP, moratorium dan lain-lain bentuk sumbangan.

PKPB terus dilaksanakan sehingga 30 Mei 2020 dan mulai 01 Jun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diteruskan sehingga 31 Ogos 2020 ekoran penurunan kadar positif covid-19.

Sehingga hari ini bingkisan ini ditulis, rakyat Malaysia menunjukkan displin dan kerjasama yang baik dalam mematuhi SOP yang digariskan.

Semoga Malaysia cepat pulih!

#stayhome
#followSOP
#bekind
#Malaysiabebascovid



TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...