Selasa, 21 Julai 2020

SONGKOKISME IX

MUAFAKAT NASIONAL

Lanskap politik Malaysia dewasa ini dicanangkan dengan kebersamaan diantara parti politik UMNO dan PAS dalam satu nakhoda yang diberi nama Muafakat Nasional (MN). Belum pon sempat MN mengasah taringnya untuk pra PRU 15, negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohammad pada 26 Februari 2020. Maka mengikut perlembagaan negara, apabila Perdana Menteri meletak jawatan maka gugurlah sacara otomotis jawatan-jawatan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang lain. Secara tidak disengajakan atau terkhilaf, maka gugurlah kerajaan yang dinaungi oleh parti Pakatan Harapan (PH).

Bergolaklah parti-parti di dalam PH terutama parti Bersatu yang dengan pantasnya mengumumkan keluar dari PH. Ramai  pak-mak menteri dari kerajaan PH yang sedang lena dibuai mimpi indah terjaga dari lamunan. Mana tidaknya, jawatan dan gaji lumayan yang diperolehi  hanya bertahan selama 22 bulan sahaja. Negara diambang ibarat gelora dilautan, kapal tidak bernakhoda. Lantas dengan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA), baginda menemubual kesemua Ahli Parlimen (MP) dari kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang bagi mendapatkan maklumat siapakah yang mereka ingin angkat sebagai Perdana Menteri yang baharu. Di saat ini pula, Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim (satu sejarah baharu di dalam negara)  bagi memudahkan urusan pentadbiran negara diteruskan.

Akhirnya setelah 2 minggu YDPA memanggil kesemua MP, maka baginda membuat keputusan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) dari parti Bersatu mendapat sokongan majoriti MP khususnya MP dari Muafakat Nasional. Baginda YDPA menamakan kerajaan ini sebagai kerajaan baginda kerana dianggotai oleh MP dari pelbagai parti yang tidak membentuk blok untuk memerintah.

Setelah Tan Sri Muhyiddin memulakan tugasnya, beliau telah melantik beberapa menteri-menteri kanan, menteri-menteri dan bersama timbalannya. Namun apa yang menariknya, tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dinamakan seperti lazimnya. Saya beranggapan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin mahu menjaga hati kesemua parti yang bekerjasama dengan beliau atau beliau tidak nampak calon yang ada kebersamaan dengan beliau untuk meneruskan baki sesi penggal pemerintahan sebelum sampainya loceng PRU ke 15. TSM menamakan kerajaan yang dipimpinnya sebagai kerajaan Pakatan Nasional (PN). Selang beberapa minggu TSM memegang jawatan PM, negara diamcam wabak covid-19 secara serius. Kerajaan PN telah melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kehari ini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos 2020.

Berbalik kepada isu utama Muafakat Nasional (MN), ramai ahli-ahli dari akar umbi kedua-dua parti mahu perjuangan MN ini diteruskan untuk mengepalai kerajaan bagi memastikan bahawa kerajaan Malaysia ini dikuasai oleh parti yang mendokong agama Islam dan bangsa Melayu . Walaupun pada ketika ini, TSM adalah penyelamat kepada kepimpinan Islam dan Melayu itu sendiri yang mana sebelum ini dilihat begitu goyah di bawah kerajaan PH, ahli-ahli MN mahu kepimpinan mereka bakal diangkat pada PRU-15 nanti. Mereka secara "bisu" membantah kepimpinan MN yang menyokong dan menamakan TSM sebagai calon PM ke 9 pada PRU ke 15 nanti.

Saya pon tidak pasti mengapakah  kepimpinan MN menyokong TSM sebagai calon PM kelak. Adakah kepimpinan dari MN tiada yang layak? Adakah ini satu "game" politik? Adakah komponen MN tidak yakin dengan gabungan ini? Namun ianya telah dibuktikan dengan beberapa siri PRK yang lepas sepert di Cameron Highlands, Semenyih, Tg. Piai dan yang terbaharu di Chini Pekan. Namun saya percaya, MN bakal mengangkat calonnya sendiri, jika dari UMNO, masih ada lagi pemimpin yang berwibawa seperti Tok Mat, Tok Mail Sabri dan Tok Khaled Nordin. Jika dari PAS, Tok Guru Hadi dan Tok Guru Tuan Man dilihat berpotensi.

Kesinambungan MN ini harus kita angkat ke tahap yang lebih tinggi lagi agar musuh-musuh islam tidak berani mengangkat dagu menjeling bola mata untuk menakut-nakutkan kerajaan yang bakal dipimpin di dalam memartabatkan Islam dan Melayu itu sendiri. Mereka tidak seharusnya takut dengan gabungan MN ini kerana terbukti Islam tidak menindas lawannya bahkan kita meraikan mereka dengan hak-hak yang mereka sepatutnya dapat.

Kepimpinan MN harus ingat, tiada keputusan yang boleh menafikan hak dan kemahuan ahli akar umbinya. Mereka harus berbesar hati berlapang dada untuk mengenepikan pemimpin-pemimpin mereka yang sedang menghadapi perbicaraan salah laku meskipun ianya belum dibuktikan bersalah kerana permainan persepsi ini terbukti sangat tajam ibarat mata pisau yang boleh melukakan. Akar umbi mahu perjuangan yang telus ada pada diri pemimpin-pemimpinnya. Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO harus menggunakan peluang berkolaborasi dengan PAS ini untuk menjernihkan dan membersihkan takungan parti yang dilihat telah tercemar sebelum ini.

Akhir kalam, jangan takut dan gentar wahai MN! Ayuh terus berkolaborasi demi kemasylahatan sejagat Malaysia khususnya.

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...