Sudah ada rumahkah kita? atau mampu beli rumah kah kita?
Isu perumahan dikalangan rakyat di negara kita bukanlah satu isu baru. Masih ramai lagi rakyat malaysia khususnya golongan muda masih belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. Persoalannya mengapa?
Memiliki rumah idaman sendiri atau sekurang-kurangnya rumah mampu milik merupakan satu pencapaian yang terbaik di dalam hidup kerana baik buruk dan susah senangnya di dalam kehidupan masih boleh di ubati dengan adanya rumah sendiri untuk menumpang teduh, apatah lagi rumah merupakan aset kekal yang sangat berharga.
Namun istilah rumah mampu milik masih menjadi beban atau igauan kepada rakyat khususnya golongan muda kerana apa yang ada bak cendawan tumbuh selepas hujan adalah "rumah mampu tengok". Pihak pemaju berlumba-lumba membina rumah bernilai tinggi kerana adanya permintaan dari pembeli yang mampu yang mana sasarannya adalah dari rakyat luar negara. Kenapakah jualan harga-harga rumah ini terlalu tinggi? Adakah kos bahan-bahan binaannya meningkat? Adakah nilai tanah tapak perumahan tersebut tinggi? Adakah kerana permintaan melebihi penawaran? Atau adakah harganya tidak boleh dikawal oleh kerajaan pemerintah? Semua sebab ini menjadi tanda tanya dan persoalan yang saban hari hanya tinggal pertanyaan dikalangan rakyat.
Jesteru itu terdapat beberapa cadangan kepada kerajaan agar rakyat khususnya golongan muda mampu untuk memiliki rumah masing-masing. Antara cadangan tersebut adalah :
1) Mencadangkan agar kawasan rizab kerajaan dibangunkan dengan lebih pesat sebagai kawasan perumahan yang kompetitif yang memfokuskan kepada golongan muda dengan penetapan kos yang mampu milik.
2) Mewujudkan akta atau undang-undang untuk memastikan institusi perbankan dan istitusi kewangan memudahkan pinjaman perumahan dengan memberi pinjaman 100% kepada generasi muda khususnya bagi memiliki rumah impian mereka yang pertama.
3) Mewujudkan akta atau undang-undang untuk mengawal harga rumah atau dengan lain perkataan rumah juag diambilkira sebagai barangan kawalan harga.
Harapan masih tetap ada di mana semua rakyat ingin memiliki rumah sendiri, takkanlah sampai ke tua mereka masih ingin menumpang atau menyewa rumah. Kita percaya jika saranan atau cadangan seperti di atas atau mana-mana lagi saranan yang lebih baik dapat direalisasikan oleh kerajaan, maka isu perumahan khususnya kepada golongan muda dapat di atasi.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan