Isnin, 13 Februari 2017

Songkokisme...


Songkokisme

Usai subuh, Pak Yakoob mencapai songkok usangnya yang telah berbintik-bintik kelabu lalu mengayuh basikal tuanya ke warong Pak latip untuk bersarapan. Hubungan Pak Yakoob dan Pak Latip sememangnya akrab sejak kecil lagi.
Sejurus sampai beliau memesan sekeping roti canai dan kopi O, menu kegemaran Pak Yakoob. Sambil menunggu hidangan, Pak Yakoob menggulung-gulung rokok kertasnya dengan tembakau .
Golongan songkokisme seperti Pak Yakoob dahulunya sangatlah kuat dan jujur dalam memartabatkan nasib bangsa, menjaga agama dan negara dari terus dijajah. Songkokisme dahulunya dilihat begitu kukuh, disanjung tinggi dan dihormati lantaran dari perjuangan dan matlamatnya.
Namun itu dulu...golongan seperti Pak Yakoob hampir pupus, golongan baru songkokisme pada hari ini dilihat memperjuangkan nasib diri, kekayaan diri dan kuasa. Songkokisme yang sinonim dengan parti ini sudah jauh tersasar, namun licik berlakon setiapkali memerlukan sokongan. Hanya dengan sekampit beras dan sedikit duit poket sudah boleh mencairkan hati sanubari orang-orang untuk menyokong mereka.
Jauh disudut hati, songkokisme masih relevan tetapi perlukan perubahan dan pembaharuan, kembalilah kepada perjuangan asal nenek moyang. Songkokisme perlu nyahkan dasar-dasar atau perlembagaan penjajah yang tidak memihak kepada agamaKu.
Kemenangan songkokisme pada hari ini bukanlah petanda songkokisme masih kuat, masih disokong, namun orang-orang masih berharap agar songkokisme akan berubah suatu hari nanti.
Songkokisme dan kopiah tiada bezanya, asalkan menutup kepala, mengapa harus membezakannya?....

Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...