Selasa, 25 April 2017

YANG DIPERTUAN AGONG KE 15

SULTAN MUHAMMAD V DITABAL SECARA RASMI SEBAGAI YDP AGONG KE 15

Semalam ( 24 April 2017 bersamaan Rejab 27 1438H) , Sultan Muhammad V dari Kelantan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang Dipetuan Agong ke 15.

Acara rasmi pertabalan direalisasikan di Istana Baru Negara. Serba sedikit latarblakang baginda,
tanggal 24 Mei 2009, baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Pada 13 September 2010 baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15, berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan pada 13 Disember 2016. Bidang pendidikan adalah bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka.
Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat mencemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan. 


SULTAN MUHAMMAD V


sumber rujukan : Berita Harian Online

Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...