Selasa, 18 Julai 2017

MEWAKILI ADIK UNTUK MEMINANG

KALI PERTAMA MENJADI PERISIK DAN PEMINANG

Tanggal 09 Julai 2017 (Ahad), saya bersama abang diberikan tugas untuk mengetuai rombongan merisik dan meminang bagi pihak adik lelaki. Perasaan bercampur baur, ada ketakutan, kebimbangan, keresahan, keterujaan, keberanian dan keyakinan semua singgah di benak sanubari. Walaubagaimanapun, pengalaman perlu dikutip dan alhamdulillah, majlis tersebut telah berjaya dengan suasana yang harmoni. Tiada pantun dan adat resam yang mendalam, hanya berbekalkan kesopanan dan kesusilaan. Demikianlah gayanya orang-orang melayu. Adat mungkin telah bercampur baur dengan adat dan budaya masyarakat lain, yang penting perjalanan tersebut tidak bercanggah dengan agama Islam.
# orangmuda
# pewariskeluarga







































Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...