SONGKOKISME VI
Pekan Bukit Piatu merupakan sebuah pekan masyarakat cina yang dahulunya majoriti didiami oleh masyarakat keturunan cina. Ia tidak dinamakan sebagai kampung mahupun bandar, ianya merupakan sebuah penempatan yang dipenuhi dengan rekabentuk rumah-rumah yang menggambarkan pemiliknya adalah dari kalangan masyarakat cina. Jika di kampung, rekabentuk rumahnya menggambarkan bahawa penghuninya adalah dari masyarakat melayu. Begitu jugalah dengan rumah-rumah di Bukit Piatu ini suatu ketika dahulu.
Namun selaras dengan hasrat kerajaan memecah monopoli sesuatu masayarakat di dalam sesuatu kawasan, maka sebuah penempatan Rumah Murah (dahulunya dikenali sebagai Rumah Rakyat) telah didirikan di persisiran kawasan kediaman masyarakat cina ini. Dengan hanya kira-kira 24 buah blok deretan rumah, maka ditempatkanlah orang-orang melayu yang belum mempunyai rumah ketika itu dari pelbagai latarbelakang untuk ditempatkan di situ. Ianya berlaku pada tahun 1985.
Ketika itu cabaran besar menanti masyarakat melayu di situ kerana sedikit sebanyak terdapat gangguan dan ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat cina yang sudah begitu selesa dengan komuniti mereka. Apabila sebuah surau berjaya didirikan di tengah - tengah kawasan perumahan, laungan azan sudah tentulah kedengaran pada setiap kali masuk waktu. Terdapat peristiwa di mana di luar kawasan surau tersebut telah dibaling dengan bangkai khinzir ataupun tulangnya. Mereka melakukannya sebagai tanda protes di atas bunyi laungan azan yang kedengaran terutamanya pada waktu subuh. Sifat sabar dan kelembutan orang-orang melayu memang terserlah, tidak berlaku pun pergaduhan atau pertumpahan darah ketika itu, suasana berjaya dikawal oleh pihak berkuasa di mana anggota-anggota keselamatan dari seluruh tanah air ditempatkan di sini untuk mengawasi keadaan. Walaupun keadaan nampak tenang ketika itu, namun bila-bila masa sahaja percetusan pergaduhan kaum boleh berlaku sekiranya tiada pihak yang menghalang. Malah anggota-anggota keselamatan ini tidak dikenali tetapi mereka bertaburan disetiap penjuru dan inci pekan Bukit Piatu bagi memastikan keselamatan dan keharmonian kedua-dua masyarakat terjaga. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar tahun 1990.
Namun begitu masyarakat melayu disitu tidak berdiam diri begitu sahaja, kesepakatan dibuat oleh Jawatankuasa surau untuk mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Yang Esa bagi memberi balasan kepada mereka yang membuat onar tersebut. Berkat doa dan solat hajat, terdapat kemalangan yang mengorbankan satu keluarga dimana kereta mereka dirempuh sebuah kereta api dan keluarga tersebut dipercayai mereka yang melakukan onar tersebut. Untuk pengetahuan, laluan masuk ke Pekan Bukit Piatu dilintangi dengan landasan kereta api. Kisah-kisah ancaman lain seperti orang-orang melayu dibuli menjadi halwa telinga ketika itu.
Namun itu dulu, kini pekan Bukit Piatu merupakan sebuah pekan yang didiami oleh semua kaum, sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah agama juga telah didirikan. Terdapat banyak perumahan-perumahan dari kategori murah, sederhana dan mewah dibangunkan dan dihuni oleh pelbagai masyarakat dari kawasan tempatan mahupun luar. Masyarakat melayu dan india telah memenuhi peta pekan Bukit Piatu hasil dari kecekapan penjajaran dan penempatan masyarakat oleh pihak kerajaan. Surau yang dahulunya kecil telah diubahsuai dan dinaiktaraf kepada masjid. Laungan azan tetap berkumandang macam biasa dan mesyarakat melayu terus melaksanakan program ibadah manakala masyarakat cina dan india juga menjalankan aktiviti ibadah mereka tanpa diganggu. Malah kedai-kedai runcit, hardware dan lain-lain yang dimiliki oleh orang cina mendapat habuan pelanggan dari orang-orang melayu dan bangsa lain kerana ironinya kuasa membeli adalah dikalangan majoriti orang-orang melayu. Tidakkah ini memberi pulangan yang baik kepada mereka? (penduduk asal Bukit Piatu)
Pekan Bukit piatu semakin membesar di mana tanah-tanah dahulunya dipenuhi pokok-pokok getah telah dimajukan dengan perumahan dan kedai-kedai. Beribu orang-orang luar telah membeli rumah dan menjadikan Bukit Piatu salah sebuah kawasan kediaman pilihan mereka. Rumah-rumah papan asal masyarakat cina dahulunya kini telah hilang dari pandangan mata kerana mereka telah menggantikannya dengan binaan banglo-banglo yang besar berkemungkinan hasil dari penjualan tanah getah mereka.
Begitulah kesan positifnya dapat dilihat hasil dari perancangan jangkamasa panjang kerajaan walaupun pada peingkat awalnya terdapat liku-liku pahit yang perlu ditanggung oleh orang-orang melayu di situ khususnya.
Pekan Bukit piatu semakin membesar di mana tanah-tanah dahulunya dipenuhi pokok-pokok getah telah dimajukan dengan perumahan dan kedai-kedai. Beribu orang-orang luar telah membeli rumah dan menjadikan Bukit Piatu salah sebuah kawasan kediaman pilihan mereka. Rumah-rumah papan asal masyarakat cina dahulunya kini telah hilang dari pandangan mata kerana mereka telah menggantikannya dengan binaan banglo-banglo yang besar berkemungkinan hasil dari penjualan tanah getah mereka.
Begitulah kesan positifnya dapat dilihat hasil dari perancangan jangkamasa panjang kerajaan walaupun pada peingkat awalnya terdapat liku-liku pahit yang perlu ditanggung oleh orang-orang melayu di situ khususnya.
Persoalannya, adakah perkara seperti ini boleh berlaku sekiranya kuasa tampuk pemerintahan negara bukan dari kuasa orang-orang melayu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan