Rabu, 21 Februari 2018

AKU MENCARI DAMAI ABADI

AKU MENCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk Hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia al-Ghazali
Aku cari mana dia al-Syafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari pedoman
Aku hidup kerna Dia rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Ku hidup bererti
Menikmati Damai Abadi.

(Sebuah nukilan YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)

Rabu, 7 Februari 2018

SONGKOKISME VII

SONGKOKISME VII

Tahun 2018 menjelma sudah. Tahun yang begitu mencabar bagi setiap parti politik di Malaysia. Kerana apa?  Tahun ini pada bila-bila masa sahaja sehingga penghujung Julai 2018, pilihanraya umum ke 14 bakal dilaksanakan. Pilihanraya kali ini yang dijangkakan bakal penentu penanda aras kepada setiap parti samada kekal atau diganti. Peluang kepada pelawan untuk mengambilalih tampuk kerajaan pemerintah sedang terbuka luas, manakala peluang kepada penyandang untuk mempertahankan kerajaan sedia ada masih terbuka. 
Bagi parti berkecuali seperti parti kopiah, ibarat menangguk di air yang keroh, menunggu peluang keemasan sekiranya undian rakyat beralih kepada mereka khususnya pengundi di atas pagar. Maka tidak mustahil parti kopiah boleh mengambilalih tampuk pemerintahan berdasarkan situasi-situasi masakini.










Selasa, 6 Februari 2018

LAGI DERA ANAK


PENDERAAN ANAK

Kisah terbaru Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang berumur 9 tahun yang maut dipercayai akibat didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya sangat meruntun hati kita.

Akupun ada anak-anak kecil! Masya Allah Ya Allah jauhkanlah aku dari terjerumus ke dalam situasi hina dan keji macam ini. Tidak dinafikan aku juga kadangkala tidak sabar dan amarah apabila menyusuri kehidupan seharian dengan anak-anak yang masih kecil. Namun amarah aku tidak sampai dengan melontarkan hayunan tangan kaki dan objek ke tubuh badan anak-anakku. Cukuplah sekadar marah dan menengking untuk menakut-nakutkan anak-anak.

Berdoalah dan banyakkan istighfar agar kita tidak terjerumus ke dalam kancah sedimikian.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku binasa akibatnya.

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...