SONGKOKISME VII
Tahun 2018 menjelma sudah. Tahun yang begitu mencabar bagi setiap parti politik di Malaysia. Kerana apa? Tahun ini pada bila-bila masa sahaja sehingga penghujung Julai 2018, pilihanraya umum ke 14 bakal dilaksanakan. Pilihanraya kali ini yang dijangkakan bakal penentu penanda aras kepada setiap parti samada kekal atau diganti. Peluang kepada pelawan untuk mengambilalih tampuk kerajaan pemerintah sedang terbuka luas, manakala peluang kepada penyandang untuk mempertahankan kerajaan sedia ada masih terbuka.
Bagi parti berkecuali seperti parti kopiah, ibarat menangguk di air yang keroh, menunggu peluang keemasan sekiranya undian rakyat beralih kepada mereka khususnya pengundi di atas pagar. Maka tidak mustahil parti kopiah boleh mengambilalih tampuk pemerintahan berdasarkan situasi-situasi masakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan