Jumaat, 3 Januari 2020

PERLETAKAN JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN

Agak menarik semalam (02 Januari 2020) 02012020, Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri  dalam tergesa dan rela paksa.

Apa isu sebenarnya? Banyak teori yang telah timbul dan banyak analisis yang keluar dan bakal dikeluarkan. Bagi yang telah mengenali dan memahami percaturan politik Tun Dr. Mahathir, mereka pasti tahu apa langkah permainannya.

Atau adakah mungkin teori permainan politik Tun Dr. Mahathir sudah tidak relevan? Sukar untuk kita mengiyakan atau menidakkan "master mind" disebalik tirai isu perletakan jawatan ini kepada parti DAP dominan Pakatan Harapan (PH). Tindak tanduk pemimpin-pemimpin kanan DAP yang menyelar Dr. Maszlee dalam beberapa isu seperti UEC, peruntukan pendidikan kepada SJK, kuota universiti awam dan yang terbaharu isu pembelajaran jawi lantas lantang mereka mendesak Dr.Maszlee meletak jawatan tidak boleh diketepikan.

Akhir kalam, kita masih menunggu sehingga ke hari ini (04 Januari 2020) siapakah bakal Menteri Pendidikan yang baharu. Amat malang bagi orang-orang melayu sekiranya menteri yang dipilih nanti adalah bukan dari orang melayu. Mungkin terjadi sejarah kedua jawatan menteri utama ini dipegang oleh bangsa lain selepas Menteri Kewangan.




Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...