Ahad, 17 Mei 2015

Assalamualaikum..
 
Pada masa kini umum mengetahui begitu banyak dugaan yang telah melanda negara kita...baik dari isu politik, kemanusiaan, kepercayaan kepada sesebuah institusi dan sebagainya. Biarlah saya berbicara secara umum kerana tidak mahu menyentuh secara langsung kepada mana-mana pihak kerana siapalah kita hendak menghukum, menilai, mengherdik dan sebagainya. Kita letakkan diri kita di tengah-tengah sebagai pemerhati yang mana akhirnya mana yang terbukti, terbaik yang itulah kita sokong.
 
Ini bukan bererti golongan seperti ini dikelasi sebagai "atas pagar". Mereka cuma tidak mahu menambah nilai ke atas isu yang melanda. Biar mereka mendengar, melihat, mengkaji dan seterusnya mencongak akan kebenaran dan kepalsuan ke atas setiap isu yang melanda.
 
Bagi episod politik...cepat-cepatlah huraikan penyelesaian agar bangsa melayu dan Islam tidak tergugat.
 
Bagi episad TH, berbaliklah kepada perjuangan asalmu.
 
Bagi episod  1MDB, kita masih menunggu laporan Audit Negara dan PAC seterusnya. Pantaskan sedikit pengauditan kerana ini merupakan isu nasional.
 
Bagi episod pelarian Roghinya, bantulah setakat mana yang kita mampu, bukan  bererti menolak kedatangan mereka membawa erti kita menolak bantuan kepada saudara seagama, di dalam kancah kehidupan Malaysia pada waktu ini..kita hanya mampu menolong setakat yang termampu sahaja. Jangan pula kita menjadi hero mendendangkan kesilapan, kebodohan dan kelemahan Malaysia dalam menangani isu ini.
 
Sekian.

Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...