Selasa, 28 Februari 2017

DENTUMAN ITU MEMBAWAKU KE DALAM



DENTUMAN ITU MEMBAWAKU KE DALAM

Hembusan dingin angin malam..
Diterangi cahaya kilat memancar-mancar..
Membawa aku yang tersandar di beranda..
Mengimbau perjalanan hidupku terdahulu..

Zaman persekolahanku..
Aku budak yang terpinggir yang tiada daya tarikan..
Aku budak gemuk, aku anak yatim..
Pelajaranku sederhana bukan lemah bukan pula cemerlang..
Namun aku terus mengharungi..
Meredah tanpa arah tuju..

Zaman dewasaku banyak ranjaunya..
Jika di laut ada ombak besar..
Aku tetap ingin mandi..
Tapi hanya dibibir pantai..
Jika di hutan banyak binatang buas..
Aku tetap masuk..
Tapi hanya di belukar sahaja..
Perjalanan dewasaku yang berhati-hati..
Menyelamatkanku dari tersilap langkah..

Gedegang!!!..tersentak aku dengan dentuman pintu..
Angin yang kuat tadi telah menghempas..
Hujan rintik-rintik menari bersama alunan atap zink..
Menutup lamunan aku dan membawaku ku ke dalam rumah.


Tiada ulasan:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASJID AL-MUHAJIRIN BUKIT SIPUT

  Bismillahirrahmannirahim, Alhamdullillahhirabbil alamin wassalatuwassala muala asyrafil ambia imursalim waala alihi wassahbihi wassalim ...