BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Langkah kerajaan melaksanakan pemberian tunai @ BR1M kepada rakyatnya sangatlah baik walaupun umum mengetahui negara kita ini belumpun mencapai tahap negara maju yang mana membolehkan kerajaan memulangkan kembali pendapatannya secara tunai kepada rakyatnya yang memerlukan.
Namun dalam usaha kerajaan memberi bantuan ini, skop penerima haruslah dikaji semula dan diwartakan agar tidak menjerat perbelanjaan kerajaan dan tidak mendatangkan bantahan mahupun kemarahan rakyat. Sebab itu berkemungkinan besar sehingga rencana ini ditulis masih ada lagi penerima-penerima sebelum ini yang belum lagi menerima BR1M.
Pada pendapat saya, skop golongan yang benar-benar layak menerima BR1M boleh diperkecilkan seperti berikut :
1) Rakyat yang berpendapatan rendah seisi rumah di bawah RM 3,000.00 yang telah membuktikan pendapatan bulanannya secara sah termasuk :
1.1) Ibu tunggal
1.2) Golongan OKU sah yang tidak mampu bergerak sendiri.
1.3) Warga emas di atas 65 tahun
Tiada lagi bantuan BR1M kepada mereka-mereka yang selain dari golongan di atas yang mana umurnya masih muda dan mampu membanting tulang mencari pendapatan apatah lagi gagal membuktikan pendapatan mereka di bawah RM 3,000.00 secara sah dan diyakini.
Sekian.
(Ini hanyalah pendapat penulis sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan