KISAH IDAMAN MAKAN BERSAMA
Tertarik dengan satu rancangan barat ini di mana setiap Ibubapa telah ditemuramah dengan soalan berbunyi :
" Jika anda diberi peluang keemasan untuk makan malam bersama, dengan siapakah yang akan anda pilih? "
Dalam video itu dapatlah kita dengar dan lihat bagaimana setiap ibubapa yang ditermuramah akan memilih idola-idola mereka tidak kiralah dari kalangan selibriti, pemimpin-pemimpin negara dan orang-orang ternama.
Masha Allah hebatnya kuasa Allah ini apabila anak-anak mereka pula ditemuramah, jawapannya sungguh ikhlas terbit dari hati sanubari mereka. Anak-anak kecil ini menjawab bahawa mereka idamkan makan malam berkualiti bersama ibubapa mereka.
KISAH KEAJAIBAN DUNIA
Apabila sebut perkataan ajaib di dalam dunia, tentu sahaja kita terfikirkan 7 benda keajaiban yang terdapat di dalam dunia kita. Tetapi tidak terfikirkah kita bahawa 7 keajaiban ada pada diri kita yang dianugerahkan oleh Allah swt. :
1) Keajaiban boleh melihat
2) Keajaiban boleh mendengar
3) Keajaiban boleh merasa
4) Keajaiban boleh berfikir
5) Keajaiban boleh menyentuh
6) Keajaiban boleh tidur dan berjaga
7) Keajaiban boleh berkata-kata
Namun tidak semua ketujuh-tujuh keajaiban ini dianugerahkan kepada kita, ada yang tidak boleh melihat, ada yang tidak boleh mendengar, ada yang gagal berfikir dan sebagainya. Jesteru itu sudah tentulah ketujuh-tujuh perkara ini dirasakan benda yang ajaib yang ada pada diri kita sebagai manusia yang sempurna. Allah menciptakannya, manusia tidak mengjangkau akal fikiran untuk memiliki kesemua perbuatan tersebut. Lantaran itu apalah kiranya kita memeliharanya dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :
1) Melihat benda-benda yang baik
2) Mendengar ceramah, kuliah-kuliah agama, majlis ilmu dan perkara-perkara yang baik
3) Merasa nikmat makan dan minum yang halal dan bersih
4) Berfikir ke arah kebaikan diri, keluarga dan ummah
5) Menyentuh dengan kemesraan dan kasih sayang di antara hubungan sesama manusia, hubungan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
6) Menikmati fitrah tidur yang cukup dan sempurna, berjaga pula untuk mencari rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah
7) Berkata-kata dengan sebaiknya, tidak melukakan hati orang lain, tidak menabur fitnah dan sebagainya
Semoga kita menghargai keajaiban fitrah manusia yang telah Allah pinjamkan walaupun bersifat sementara, pelihara dan gunakanlah sebaik-baiknya.
Wallahhualam.