PEDIH MATA, SAKIT HIDUNGKU
Berdiri tegak dihadapan lapangan pesisir pantai
Sekeliling masih gelap, aku sabar menunggu kemunculanmu
Teriakan kicauan burung-burung, desiran ombak kecil menghempas badai
Sedikit-dikit pancaran cahaya keorenan muncul jauh nun disitu
Angin masih kuat berlari-lari
Tubuh kecilku seakan merasa dingin tetapi diirngi kehangatan
Aku berjalan mendekati gigi pantai dan mengocah-ngocah air
Mataku cuba melihat apa khazanah yang kelihatan
Oh masih belum dapat dilihat dengan jelas apatah lagi ingin melihat dipertengahan lautan
Selalunya waktu begini, terbitan matahari telahpun menerangi bumi
Kapal-kapal kecil nelayan bertebaran
Aku agak sangsi mengapa keadaan masih samar-samar
Agakanku kabus masih menyaluti
Aku biarkan persoalan ini berlegar
Langkahku terus menyusur pantai
Sambil ku dongak menarik nafas
Uhuk! uhuk! aku terbatuk hatta hidungku merasa tengit
Susuli mataku mulai pedih merengas
Aku sangsi! lantas ku ambil langkah pulang ke resort
Tengahari tadi aku mendapat berita bahawa Kuala Rompin dilanda jerebu
Cis! aku terpedaya rupanya dipagi hari
PEDIH MATA, SAKIT HIDUNGKU....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan