INTEGRITI DIHATIKU
MAHMOOD
vs RASUAH
Usai solat subuh bersama isteri, Mahmood
membuka jendela rumah dan kelihatan termenung jauh. Tidurnya acap kali
terganggu. Cuaca ketika itu masih samar gelap dibuai pula halwa telinga dengan
deruman kenderaan yang bersilih ganti melalui jalan di hadapan rumahnya. Di
ruang tamu rumah, kelihatan bergelimpangan anak-anak kecil Mahmood seramai 4
orang yang masih nyenyak tidur. Anak-anaknya berusia dari 3 tahun hingga 10
tahun.
Hari ini hari Sabtu merupakan hari
hujung minggu bagi penjawat awam seperti Mahmood. Rutin hujung minggunya diulangi
seperti biasa dengan bersiap untuk membeli makanan bagi sarapan pagi. Mahmood
mencapai kunci motorsikal kapcai lantas
menunggang ke kedai Pak Dollah dihujung taman kediaman. Kedai Pak Dollah tidak
asing lagi bagi penduduk setempat di situ kerana menyediakan pelbagai jenis
sarapan dan kuih muih. Menu spesial di situ adalah roti canai daging hancur dan
juga lontong goreng.
Mahmood memesan bungkusan sarapan
manakala seperti biasa Pak Dollah langsung menghidangkan menu kegemaran Mahmood
iaitu secawan kopi dan roti canai daging hancur. Ya, Mahmood sememangnya
pelanggan tegar Pak Dollah. Sambil menghirup kopi segar dengan aroma yang mewangi,
Mahmood mencapai surat khabar yang tersedia di atas meja. Helaian demi helaian
diselak, setiap tajuk berita dibacanya. Mata Mahmood tertumpu kepada satu tajuk
artikel yang bertulis “Penjawat Awam Dan Rasuah Berpisah Tiada”. Tajuk artikel
tersebut menarik Mahmood untuk membaca isi kandungannya.
Menurut artikel tersebut, seramai 418
penjawat awam telah ditahan SPRM pada tahun 2018 kerana kesalahan rasuah. Statistik
yang dikeluarkan oleh pihak SPRM untuk tahun tersebut menunjukkan golongan
penjawat awam dari kumpulan sokongan lebih ramai ditahan. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548040/418-penjawat-awam-ditahan-tahun-lalu-kerana-rasuah
Bagi tahun 2019
(Januari hingga Mei) pula direkodkan seramai 299 penjawat awam ditahan SPRM di
mana 216 orang daripadanya terdiri dari kumpulan sokongan. https://www.sprm.gov.my/penguatkuasaan/statistik-operasi/statistik-tangkapan?id=3232
Kumpulan penjawat awam yang terlibat di
dalam pelaksanaan keputusan, perolehan kerajaan dan penguatkuasaan merupakan
golongan yang berisiko tinggi di dalam godaan rasuah. https://www.sinarharian.com.my/article/10260/BERITA/Nasional/Rasuah-Penjawat-awam-golongan-berisiko-tinggi
Kumpulan sokongan seperti Mahmood memang
ramai di dalam sektor awam. Mahmood termenung seketika, dia memahami keadaan mahupun
situasi yang berlaku. Faktor gaji yang rendah, tidak beriman kepada Allah dan tidak
memahami tadbir urus majikan antara faktor yang ditulis di dalam artikel
tersebut yang membawa seseorang itu terjerumus ke dalam gejala rasuah.
Gaji merupakan isu yang amat sensitif
apabila hendak diperkatakan. Ada orang yang bergaji rendah tetapi cukup keperluan
asas untuk keluarganya. Ada yang pula bergaji tinggi tetapi masih tidak
mencukupi keperluan dan kehendaknya. Isu gaji memang menjadi isu perdebatan di
dalam sektor awam di mana faktor ini dijadikan sebab mengapa ramai penjawat
awam melakukan rasuah. Alasan bergaji rendah sangat klise di dalam memberi sebab mengapa mereka terlibat dengan rasuah.
Tangga gaji minimum yang disarankan pihak kerajaan kepada sektor awam mahupun
swasta pada tahun ini iaitu sebanyak RM 1,050.00 atau RM 1,100.00 mungkin perlu
disemak lagi kerana dewasa ini kos kehidupan telah meningkat. Barangan
keperluan harian kebanyakan telah naik. Hari ini jika not RM 50.00 di belanjakan
ke kedai runcit belum tentu ada baki jika membeli barangan keperluan dapur.
Status negara ke arah negara sedang berkemajuan perlulah diimbangi dengan
pendapatan isi rumah agar keseimbangan ekonomi dan sosial tidak kelihatan besar
jurangnya. Faktor ekonomi, sosial dan politik bagi sesebuah negara perlu berada
ditahap yang setara. Jika gaji tidak dapat dinaikkan maka plan agresif untuk
mengawal kembali harga barangan perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.
Artikel tersebut juga menyatakan ramai penjawat
awam yang beragama islam yang terlibat dengan gejala rasuah adalah terdiri
daripada mereka yang menjauhkan diri kepada Allah swt. Dengan kata lain
mereka-mereka ini lalai dari menjaga solat dan akhirnya hidup tidak diberkati
dan mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak baik. Jika kita menjaga
solat 5 waktu dengan khusyuk, maka nescaya Allah akan menjaga kita. Solat itu
tiang agama dan solat itu boleh mencegah dari melakukan perkara mungkar. https://ustaznaim.blogspot.com/2011/07/solat-cegah-kemungkaran.html
Selain itu, tadbir urus yang tidak
cekap, penyampaian perkhidmatan yang lemah dan gagal memahami visi dan misi
jabatan atau organisasi memberi ruang kepada pekerja mereka melakukan
penyelewengan.
Amalan tadbir urus merupakan faktor yang
perlu diberikan perhatian sekiranya gejala rasuah diperingkat sesebuah
organisasi atau jabatan hendak dikawal. Tadbir urus yang efisen mampu
meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap sekaligus mencerminkan
dasar dan aspirasi sesebuah organisasi. Ruang dan peluang melakukan rasuah akan
tertutup sama sekali.
Ambil
contoh dalam konteks jabatan kerajaan, tadbir urus sektor awam yang mantap
banyak didasari oleh pemain-pemainnya terutama melibatkan akauntan dan
juruaudit dalaman sektor awam. Kenapakah kedua-dua pemain dalam sektor awam ini
cukup penting? Tidak lain tidak bukan kerana kedua-duanya memiliki peranan
cukup besar dalam memastikan aspek sumber kewangan dan bukan kewangan ditadbir
urus dengan baik.
Sekiranya
penjawat awam memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, maka isu rasuah
bukanlah merupakan bom atom yang
mampu meledak..
“Institut Integriti Malaysia (Integriti) hari
ini menyatakan sokongan dan bersedia berganding untuk melaksanakan dasar dan
program Kerajaan bagi memperkukuh tadbir urus baik dan memerangi isu rasuah
secara menyeluruh”. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/integriti-sambut-baik-usaha-kerajaan-perkukuh-tadbir-urus-perangi-rasuah-177129
Artikel terbut juga memaparkan
hukuman-hukuman yang bakal diterima oleh perasuah. Hukuman penjara dan denda
dengan gandaan nilai suapan rasuah sudah pasti menunggu pesalah.
“Seorang
penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua
pertuduhan meminta dan menerima rasuah, empat tahun lalu. Sanizam Bachok, 45,
bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun selepas
kedua-dua pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi
pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan wang tunai RM70,000
daripada seorang individu sebagai dorongan untuk dirinya selaku Pegawai Laut
Gred A41 di Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Selatan) mengeluarkan surat
kelulusan beroperasi ke atas tiga kapal..
Kesalahan
itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Anjung Neighbourhood Centre 5,
Persiaran Ledang Heights, Iskandar Puteri, kira-kira jam 6 petang, 25 November
2015.
Beliau
didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang
sama.
Sabit
kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak
kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut
mana-mana yang lebih tinggi.”
https://www.sinarharian.com.my/article/5305/BERITA/Mahkamah/Penjawat-Awam-dituduh-minta-dan-terima-rasuah
“Seorang
sarjan polis dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur, hari ini selepas mengaku bersalah memperoleh rasuah berjumlah
RM1,000 daripada seorang suspek kes dadah, tahun lalu. Hakim Azura Alwi
menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahrir Suardin, 31, serta berdepan hukuman
penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang ketika kejadian, bertugas
sebagai sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Wangsa Maju didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan
iaitu wang tunai RM1,000 daripada seorang suspek kes dadah. Ia sebagai dorongan
untuk menukar seksyen kes kesalahan dadah itu kepada yang lebih ringan. Tertuduh
didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Wangsa Maju, pada 8.55 malam 18 Ogos
2018.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun
dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000
mengikut mana lebih tinggi”. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/418307/rasuah-sarjan-polis-kena-penjara-denda
Malah pihak SPRM ada mencadangkan agar
pesalah rasuah dikenakan hukuman mandatori sebat bagi menambahkan ketakutan
kepada mereka di luar sana agar tidak melakukan perbuatan rasuah.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
meminta kerajaan memandang serius cadangan untuk mengenakan hukuman sebat
kepada pesalah jenayah rasuah.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata rasuah adalah ‘ibu’
kepada jenayah lain dan keadaan di Malaysia memerlukan hukuman sebat mandatori
itu dilaksanakan.
“Banyak
jenayah lain yang berlaku di Malaysia seperti menipu, rompakan, pendatang tanpa
izin, penyeludupan, judi dan baru-baru ini, arak haram.
“Ini
semua lahir kerana rasuah berlaku. Kesalahan menipu pun dikenakan hukuman
sebat, inikan pula rasuah yang lebih ‘jahat’ dan sebab itu, kita kena ambil
serius,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
sempena Ulang Tahun SPRM Ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini,
malam ini.” https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/480163/hukuman-sebat-bagi-pesalah-rasuah
“Mahmood..bungkusan dah siap !” Teriak
Pak Dollah. Mahmood menutup akhbar berkenaan, baki kopi dihirup habis lantas
Mahmood bingkas dari bangku dan membayar harga makanan dan pesanannya. Sambil
menunggang pulang, fikiran Mahmood melayang mengingatkan hal dua hari lepas.
Mahmood telah dihubungi oleh syarikat kontraktor yang ingin menawarkan sejumlah
wang untuk mendapatkan klu anggaran
harga tawaran bagi projek di tempat kerjanya. Tugas Mahmood sebagai pembantu
tadbir di bahagian pembangunan disebuah agensi kerajaan amat mencabar kerana
semua maklumat berkaitan sesuatu projek ada di depan mata. Syarikat tersebut
tidak putus asa menghubungi Mahmood dan menabur janji manis dengan tawaran duit
yang lumayan jika Mahmood dapat memberikan maklumat anggaran harga projek tersebut.
Sesampai dirumah, anak-anak kecil
Mahmood berlari mendakapnya. Mereka tidak sabar untuk menikmati sarapan yang
dibawa pulang. Mahmood tahu anak-anak merupakan harta dan amanah yang paling
berharga dianugerahkan kepadanya. Melihat wajah manis isteri dan wajah-wajah
ceria anak-anak, Mahmood pasti tidak akan mengkhianati keluarganya dengan
rasuah yang boleh membawa kepada kemusnahan hidup.
Kehidupan yang mewah bukan impian
Mahmood, sudah memadai hidup besederhana. Walaupun tidak kaya tetapi Mahmood
mampu menyediakan keperluan isteri dan anak-anaknya. Bagi Mahmood keluarga
adalah segala-galanya. Muktamad! Mahmood melupakan tawaran besar syarikat
tersebut dan mulai hari tersebut Mahmood dapat tidur lena kerana telah membuat
satu keputusan yang tepat. Bagi Mahmood, besar atau kecil nilai rasuah, ia
tetap rasuah!. Maruah diri, keluarga dan bangsa diletakkan di tempat paling
teratas agar kelak dihormati. Hinanya diri, hinanya keluarga dan hinanya bangsa,
orang seperti Mahmood yang mencaturkan sekaligus menafikan kesahihan tajuk
artikel tersebut!.
Sumber
rujukan :
4) ustaznaim.blogspot.com
www.hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan