Songkokisme &
PRU 14
Usai
waktu subuh, fajar pula menyinsing melantunkan cahaya pagi. Pak Yakoob mencapai
songkok usangnya yang telah berbintik-bintik kelabu lalu mengayuh basikal tua
kesayangannya. Kayuhannya adalah menuju ke warong Pak Latip yang terletak
kira-kira 1 km dari rumah beliau untuk bersarapan. Hubungan Pak Yakoob dan Pak
Latip sememangnya akrab sejak kecil lagi. Mereka berdua adalah rakan sekampung di
Parit Ponorogo yang tidak asing di daerah Muar Johor.
Sejurus sampai
beliau memesan sekeping roti canai dan kopi O, menu kegemaran Pak Yakoob.
Sambil menunggu hidangan, Pak Yakoob menggulung-gulung rokok kertasnya dengan
tembakau. Kelihatan Pak Latip pula sedang sibuk menebar roti untuk sahabat
baiknya dan juga pelanggan-pelanggan yang lain.
Pak Yakoob dan
Pak Latip merupakan ahli veteran parti songkokisme, sebuah parti yang menjadi
bualan hangat dan perhatian dari masyarakat masakini lantaran dari isu-isu yang
melibatkan kepimpinan tertinggi mahupun isu negara.
Golongan songkokisme
seperti Pak Yakoob dan Pak Latip dahulunya sangatlah kuat dan jujur dalam memperjuangkan
nasib agama, bangsa dan negara. Perjuangan utama menuntut kebebasan tanah air
telahpun tercapai dan perjuangan memartabatkan agama dan bangsa era pasca kemerdekaan
begitu lancar. Parti songkokisme ketika itu dilihat begitu kukuh, disanjung
tinggi dan dihormati lantaran dari perjuangan dan matlamatnya.
Namun itu dahulu,
golongan ahli seperti Pak Yakoob dan Pak Latip hampir pupus. Golongan baharu
songkokisme pada hari ini dilihat memperjuangkan nasib dan kekayaan diri, kroni
mahupun kuasa. Songkokisme yang sinonim dengan parti ini sudah jauh tersasar
dari lapangannya. Perjuangan terdahulu makin terabai lantaran dikuasai oleh
golongan yang mencari kekayaan dan bukannya seperti dahulu dari golongan
ilmuan.
Jauh disudut hati
kita, parti songkokisme masih relevan tetapi perlukan perubahan dan pembaharuan.
Kembalilah kepada perjuangan asal nenek moyang mereka. Parti songkokisme perlu
nyahkan dasar-dasar atau perlembagaan penjajah yang tidak selari dengan Islam.
Sikap menyantuni rakyat khususnya orang-orang melayu perlu sentiasa menjadi
keutamaan.
Parti songkokisme
perlu menjadikan parti kopiah sebagai rujukan di dalam memperjuangkan
kepentingan agama, bangsa dan negara dan bukannya untuk keperibadian. Lihatlah
ahli-ahli tulen parti kopiah, mereka berjuang di atas landasan yang benar. Bagi
golongan parasit dalam parti kopiah, mereka ini telahpun keluar dan membentuk
parti lain. Tidak dinafikan parti kopiah ada juga kelemahannya tetapi itulah
fitrah manusia yang tidak maksum. Hari ini parti kopiah telahpun celik mata dan
mengakui kesilapan menjalinkan hubungan dengan parti lain. Perceraian parti
kopiah dengan pasangannya menampakkan identiti sebenar pasangannya. Mereka
goyah tanpa parti kopiah. Sejujurnya ini adalah kredit kepada parti songkokisme
untuk terus bertahan.
Kemenangan golongan
songkokisme pada Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa ini bukanlah
petanda parti songkokisme masih kuat atau masih disokong. Isyaratnya, orang
ramai khususnya orang-orang melayu masih memberi peluang dan berharap agar parti
songkokisme akan berubah kepada lebih baik demi kemaslahatan rakyat dan
negaranya.
Begitulah harapan
yang tinggi dari golongan songkokisme terdahulu seperti Pak Yakoob dan Pak
Latip. Bagi mereka perjuangan terdahulu harus dikembalikan. Golongan ilmuan
perlu kembali mendominasi parti songkokisme atau paling tidakpun seimbang.
Bukan tidak percaya atau mahu memperlekehkan golongan selain dari golongan
ilmuan, tetapi sekurang-kurangnya matlamat parti songkokisme tidak tersasar
jauh dari landasan. Bumi ini bulat dan sentiasa berputar.
Songkokisme dan
kopiah tiada bezanya, asalkan menutup kepala, mengapa harus membezakannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan