TRANFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)
Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan aspirasi Transformasi Nasional 2050 atau lebih dikenali sebagai TN50.
Apakah itu TN50?
TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020
Menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kerajaan menggunakan pendekatan daripada akar umbi kepada kepemimpinan atau "bottom-up" dengan mengajak seluruh rakyat terutama generasi muda untuk menyumbang pendapat bagi menentukan masa depan negara pada 2050. Bukan sahaja golongan belia dari peringkat universiti dan bandar, malah golongan belia-belia desa dan perkampungan dipelawa menyumbangkan buah fikiran kepada pihak kerajaan dalam menyusuri aspirasi TN50 menjelang 2050 nanti.
Pendekatan ini amatlah baik di mana orang-orang bawahan diberi peluang mengutarakan pendapat, idea mahupun kritikan yang bernas kepada orang-orang atasan (from bottom to up) dan pendekatan inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Kita berharap agarnya ianya tidaklah retorik semata-mata dan pendekatan ini benar-benar dilaksanakan sebagaimana yang diwar-warkan.
Terdapat lima isu kelompok yang disasarkan untuk TN50 :
1) Masyarakat
2) Alam Sekitar
3) Teknologi
4) Ekonomi
5) Urustadbir
Generasi muda diberi peluang melontarkan idea mereka seperti masalah alam sekitar, pengangkutan awam, kualiti hidup, kemudahan kesihatan, urus tadbir kerajaan dan peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi. Dialog-dialog TN50 yang telah dilaksanakan baru-baru ini sama ada dengan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri menampakkan bahawa golongan muda mempunyai banyak idea dan kritikan yang sepatutnya boleh diangkat bagi membawa hala tuju negara menjelang 2050 sebagaimana yang disasarkan oleh kerajaan.
Oleh itu besar harapan kita agar suara rakyat khususnya golongan muda ini diangkat dan diterima dan bukannya sekadar omong-omong kosong kerajaan . Kita nak lihat sejauhmana TN50 ini benar-benar mendengar isihati rakyat ke arah pencapaian negara dalam di dalam "ranking" 20 negara di dalam semua bidang yang realistik.
sumber & rujukan : www.mytn50.com